Pusat Sebaran Maklumat Nasional ( NADI ) Felda Chini 1 adalah transformasi baru bagi Pusat Jalurlebar Komuniti ( PJK ), Pusat Internet Komuniti ( PIK ), Pusat Ekonomi Digital ( PEDi ) Felda Chini 1 yang amat sinonim dengan komuniti setempat yang mana perkhidmatan ini mula di perkenal dan beroperasi pada tanggal 18 Februari 2009. Merupakan antara program terawal iaitu dari fasa 1 hasil usahasama antara TM , SKMM dan juga MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Pada tahun 2016 Pusat Internet 1 Malaysia telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di belakang lokasi yang lama.
