Puan Noriah Binti Rusman pada awalnya merupakan seorang penternak lebah jenis kelulut secara kecil-kecilan di kawasan rumah. Hasil tuaian madu pula di jual di pasar tani sekitar Felda Chini dengan kadar harga 100g RM 30.00. Namun seperti peniaga lain yang mengalami pasang surut niaga selain risau dengan kualiti madu mentah yang akan merosak jika di simpan terlalu lama beliau mula menvariasikan hasil madu dengan produk baru iaitu sabun pencuci muka. Dengan menghadiri kursus anjuran FAMA dan kemudahan teknologi yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia , beliau mula mengumpul ilmu dan memulakan perniagaan produk baru tersebut secara kecil-kecilan. Kini beliau telah meluaskan lagi pasaran produk sabun pencuci muka ke pasaran atas talian selain dari menghantar ke kedai-kedai sekitar Felda Chini.


Log kelulut


Log kelulut


Madu kelulut yang telah di tuai

Antara packaging untuk madu kelulut
