Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan tujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.