PELANCONGAN

Pelancongan & Tempat Bersejarah | November 27, 2014

TASIK CHINI

 

Tasik Chini ialah sebuah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar. Tasik Chini mengandungi rangkaian 12 buah tasik (disebut ‘laut’ oleh masyarakat Orang Asli tempatan) yang bercantum antara satu sama lain. Tasik Chini menawarkan persekitaran yang tenang dan damai di sebalik misteri dan lagenda zaman berzaman yang tiada jawapan hingga kini.Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini seperti:

  • menyumpit
  • flying fox
  • abseiling
  • jungle tracking
  • berkayak
  • merentas tasik.

 

HOMESTAY DAUD

Homestay milik En. Daud bin Din ynag terletak di Felda Chini 1 menyediakan 2 unit homestay yang mempunyai laman yang luas serta kebun buah-buahan yang menarik para pelancong untuk datang menginap di sini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Puan Rozie : 6019 926 9367